You can replace this text by going to "Layout" and then "Edit HTML" section. A welcome message will look lovely here.
RSS

Tuesday, January 25, 2011

ku doakan kamu tenang di sana

tidak tahu di mana untuk dimulakan. di saat mengetahuinya, terasa dunia gelap untuk sementara, kenangan kehilangan dahulu terus menyerbu minda.. hati tertanya2x.. knp aku perlu menghadapinya utk kali ke 2.. tapi.. aku tersedar..walau sukar..aku perlu redha.. ini semua sudah ketentuanNYA.. aku sbg hamba yg lemah, harus pasrah..terima semuanya dgn hati tabah..

semua memori kembali tersusun.. kini aku mengerti kenapa dia menghilang.. mungkin untuk kebahagiaan aku sendiri.. seringkali aku menyalahkan dia atas semua terjadi.. penyesalan bersarang di hati.. mengingatkan kata2x terakhir aku kpdnya.. semoga dia memaafkan aku atas segala silap & salah aku padanya..

dia insan yg pernah bertakhta di hati.. insan yg pernah memberi sedikit kegembiraan..sedikit kebahagiaan pada diri ini.. saat ini..aku berharap masa dpt berputar kembali..akan aku perbetulkan semua silap & salah aku padanya.. akan aku akhiri perhubungan kami dengan senyuman bkn dgn sifat amarah yg menguasai diri..

masih teringat memori bersamanya..

setiap pagi pasti akan mengejutkan aku utk solat subuh..
setiap pagi akan ku terima sms " selamat pagi chinta " darinya..
di saat aku sedih, dia akan sentiasa bersama..mendengar setiap keluhan..setiap tangisan tanpa jemu...
masih teringat suara girangnya bila mana dia mengetahui aku mendapat tawaran di Pusat Perubatan Universiti Malaya.. saat itu aku runsing kerana aku akan berjauhan dgn keluarga utk kali pertama..tapi dia menenangkan aku dgn mengatakan dia akan cuba menjaga aku sebaik mungkin bila aku berada di sana..
masih teringat juga kekecewaan darinya bila mana mengetahui yang aku tidak menerima tawaran PPUM dan memilih IPG ini..

untuk saat ini..aku terkilan..kerana aku tdk pernah memaafkan atas apa yang berlaku..atas kesakitan yg aku alami.. tetapi aku tdk pernah memikirkan adakah dia juga mengalami benda yg sama.. dan aku terkilan kerana aku tidak sempat utk mengatkan padanya... "TERIMA KASIH KERANA AWAK PERNAH HADIR DLM HIDUP SAYA "...

semoga awak aman di sana..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

cikpuanNaiz said...

sabar ye, sayang..

allah lebih sayangkan arwah....

Post a Comment