You can replace this text by going to "Layout" and then "Edit HTML" section. A welcome message will look lovely here.
RSS

Monday, May 16, 2011

~sad~

sangat sedih..serius..sangat-sangat sedih... tapi air mata ini sudah tidak mampu lagi untuk mengalir.. walau seteruk mana hati itu terluka... mungkin sudah semakin tepu dengan masalah yang tidak pernah selesai antara mereka..

disangka keadaan sudah kembali pulih.. tetapi pasti akan tetap ada masalah yang menimpa.. terus untuk menguji pertalian darah yang sudah semakin meruncing.. seandainya pertalian itu mampu untuk diputuskan... pastinya akan terputus sudah ikatan antara mereka berdua..

hanya mereka yang ditinggalkan untuk aku.. namun aku sendiri sudah buntu untuk mencari jalan keluar bagi setiap masalah yang berlaku.. kadangkala, aku sendiri tersilap langkah..akhirnya meyebabkan semua pihak berkecil hati..

tidak putus-putus aku berdoa.. jernihkanlah hubungan di antara mereka.. kembalikanlah kebahagiaan kepada kami.. namun masih belum termakbul.. mungkin ini ujian untuk menguji sejauh mana aku dan mereka mampu bertahan.. aku redha.. aku cuba bertahan selagi yang aku mampu..namun aku tidak mampu untuk melihat kesedihan terus bersarang di hatinya.. aku sendiri pernah melakukan perkara yg begitu melukakannya.. aku tidak berharap ada yang lain mengulangi perkara yang sama seperti yang aku lakukan..

dan untuk ke sekelian kalinya.. aku terus merintih.. berharap agar emak masih ada.. kerana aku merasakan perkara sedih ini tidak akan berlaku jika emak masih ada.. namun, aku juga perlu sedar dan berpijak di bumi yang nyata.. harapan itu hanyalah tinggal sebagai satu harapan palsu.. harapan yang pasti tidak akan tercapai sampai ke akhir nafasku..

aku perlu redha.. cuba menerima semua ini dengan hati yang terbuka.. mencari jalan penyelesaiannya.. kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melangkaui batasan hamba tersebut.. aku kena kuat.. kuat..dan terus kuat...

biarlah hati terus terus merintih.. namun untuk terus berputus asa.. tidak sama sekali...

HANYA PADAMU AKU MEMOHON YA ALLAH.. BERILAH AKU KEKUATAN..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment