You can replace this text by going to "Layout" and then "Edit HTML" section. A welcome message will look lovely here.
RSS

Sunday, February 5, 2012

- Salam Maulidurrasul 1433 H -

assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..

alhamdulillah.. masih bernafas di saat ini..

semoga sesiapa yg membaca/ terbaca post ini berada dlm keadaan sihat selalu hendaknya..

hari ini.. 05.02.2012 bersamaan 12 R'awal 1433H..
- HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W -

kita mungkin tdk pernah mengenal baginda.. tdk pernah bersua muka dgn baginda.. tapi tdk bermakna kita tdk boleh mengingati baginda.. tdk boleh merindui baginda.. tdk boleh mencontohi baginda..

sekadar perkongsian bersama mengenai perkara sunnah yg diamalkan oleh baginda Rasullullah S.A.W .. :

Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


sama2x lah kita berusaha berubah kpd yg lbh baik..
kuatkan hambaMu ini YA ALLAH..
utk mengawal hawa nafsu dan mainan perasaan..
supaya tdk melakukan perkara yg sepatutnya dilakukan..

- Salam Maulidurrasul 1433 H-
sama2x lah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasullullah S.A.W


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment